Tempat : Madrasah An-Nahdhoh,Kubang Semang,BM.
Masa : 8.30 pagi
Disampaikan oleh : Al-Fadhil Ustaz Abd.Mutalib bin Ma'arof.
Alhamdulillah hari ini berpeluang untuk menyambung pengajian kuliyah tafsir,menggunakan kitab Tafsir Nurul Ehsan karangan Al-Fadhil Al-Ustaz Mohd Saaid bin Umar Khatib Jitra Al-Qodhahi.
Sekadar memuatkan antara perbincangan yang diulas oleh ustaz hari ini melalui surah Al-Baqarah,bermula ayat 158.Menceritakan tentang perihal sofa dan marwah melalui ibadat saie yang merupakan antara tanda-tanda agama Allah iaitu Islam.
Menurut Imam AsSyafie saie merupakan rukun dalam ibadat haji dan umrah.Adapun begitu ada juga ulama' yang menghukumkan saie sebagai wajib.Perlu difahami jika kita tertinggal satu rukun dalam ibadat haji mahupun umrah maka dikira tidak sah,dan jika tertinggal satu ibadat yang wajib haji dan umrah masih dikira sah tetapi perlu membayar dam (denda).
Selepas dihuraikan dengan panjang lebar mengenai saie,ustaz menyambung perihal ayat 159 yang amat menarik perhatian telinga ini untuk mendengar dengan lebih khusyuk.
Antara makna ayat ini ialah
Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan apa Yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di Dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk. Sedarlah kita bahawa sesiapa yang mempunyai pengetahuan tentang ayat-ayat Allah tetapi dalam masa yang sama menyembunyikan kebenaran ayat-ayat Allah semata-mata untuk kepentingan dunia yang sementara,untuk pangkat dan harta yang pasti musnah,maka tunggulah kemurkaan Allah juga laknat dariNYA..yang sentiasa diminta jauh dari orang-orang yang beriman.
Sesudah menghurai ayat tersebut ustaz mengambil sejenak kesempatan memberi respon mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang amat melegakan hati hadirin yang hadirdalam mencari sedikit kefahaman berkenaan isu yang amat sensitif ini.
Dalam penegasan beliau,kita sebagai umat Islam yang senantiasa menyebut nama Allah dalam kehidupan seharian kita tidak mungkin tegar mendengar kalimah Allah disebut oleh mereka yang mendustakan Allah.Kita umat Islam menyebut nama Allah sebagai memuji kebesaran Allah,mengagungkan sifat Allah,menjunjung ke'izzahan dan keesaan Allah namun tidak pada mereka yang terang-terang menggunakan nama Allah dengan mengaitkan dengan perkara-perkara yang sama sekali menyalahi dalil Al-Quran dan sifat Allah.
Jesteru penggunaan kalimah Allah untuk agama lain adalah
TIDAK BOLEH dan
TIDAK DIBENARKAN dalam apa jua medium dan keadaan.Selain ia dapat menimbulkan kontroversi dikalangan masyarakat perkara sebegini sepatutnya tidak patut diperkotakkatikkan sesuka hati oleh musuh-musuh agama Islam.
Ayuh,kita sebagai orang yang mengaku beragama Islam,yang mengucapkan kalimah syahadah
bersamalah kita dengan apa cara sekalipun menegakkan ketuanan Islam tercinta agar tidak sewenang-wenangnya menjadi bahan senda gurau mereka yang tidak bertanggungjawab.Moga Allah sentiasa mempermudahkan jalan untuk kita di dunia dan akhirat,amin ya Robbal 'Alamin..