Wednesday, October 1, 2008

Lebaran yang penuh kenangan..



1 syawal menjelma jua..
bagiku ianya seperti merayakan satu kemenangan selepas keluar dari madrasah tarbiyyah ramadhan..alhamdulillah...

Ermm..banyak aku nk kongsi di sini sbnrnya..namun faktor keletihan yg amat sangat menidakkan ia buat sementara.huu..nk rehat jap..n then i'll show up..insyaAllah..

Till then..adios amigos..tata.. salam..ZzZZzZZZZzzzzZZZzzzZZzZZZzZz..

Tuesday, September 30, 2008

Guess what..i did shopping for hari raya=D

Salam...haa..tinggal sehari je lagi nak raya..walaupun jauh dr family itu bukan alasan utk x prepare something especially baju raya..he..td pas habis talaqqi dgn syeikh,aku terus ke Attaba spt yg telah dijanjikan dgn umar n some of my fellows.they are salman,pa'e,pakdin,kulat aka kashaf(diorang ni ahli baru 6ixth Floor)diorang dah lama sampai.he..we did shopping for hari raya=D quiet bit different but it doesnt matter..yg penting dpt beli juga.hee..tgk jubah yg cantik2..rambang mata dibuatnya..

Setelah dapat jubah yg berkenan dihatiku ,aku pun mula menawar..nasib umar pn ada..org lama la katakn..pandai dia menawar..thanx to umar=D

Ha..aku beli 3 jubah..huhu..betolnya membeli..hee..dah berkenan..xpe..aku puas hati..lagi pun jubah2 yg aku beli ni bukan utk hari raya je..boleh pakai bila2..nanti jd imam ke..he..=p

Masa aku sampai tu..orang..ya Allah..punyala ramai..masa naik metro pn..dgn panasnya..ditambah dgn bau2an yg kureng memberansangkan hidungku ini..rs mcm nk pengsan pn ada..hee

Selepas membeli belah(cewah..padahal beli jubah je) aku balik terus la..kawan2 yg lain diorg da nk beli bahan2 utk masak time raya..aku balik bkn sbb pe..dgn badan yg melekit+sakit pale+letih..huu(banyak songeh tol syakir ni) hee..balik la..

Balik umah..g bersihkn diri..pe lagi...terus aku menerai(bahasa org penang) juga dikenali sbg mencuba@bahasa eksklusifnya cubatrytesttgk..hehe..
Alhamdulillah semuanya muat elok..=D

Ha..dah try dah..malam ni tido senyum sampai ke pagi ler..huu...tp esok talaqqi xda..syeikh bg cuti,2hari..huu..a little bit frust..but its ok..dah raya..syeikh pn ada kampung..bg la syeikh g jumpa mak ayah jg..hee

Okla..sampai di sini dulu..insyaAllah kita bersua lagi..nantila..hee..
Ok...selamat hari raya aidilfitri..maaf zahir batin..kullu sanah wa antum bikhair..amin..

Monday, September 29, 2008

Sedikit mengenai hari raya..

ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA.
Soalan: “Ramai dari kalangan orang Islam menitik berat tentang ziarah kubur selepas menunaikan sembahyang hari raya, adakah disyariatkan ziarah seperti ini?”

Jawapan Syeikh Athiyyah Saqr (Mantan Ketua Majlis Fatwa Al-Azhar) Hukum asal bagi ziarah kubur adalah sunnat, kerana ia boleh mengingatkan seseorang tentang hari akhirat.

Di sebut di dalam hadis Nabi S.A.W sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah R.A dia berkata:“Nabi S.A.W menziarahi kubur ibunya lalu dia menangis dan orang yang disampingnya juga menangis, kemudian dia bersabda yang bermaksud :

“Aku meminta izin dari Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian”.

Ibnu Majah meriwayatkan dengan sanad yang sahih sabda Nabi S.A.W:
Maksudnya:“Adalah aku dahulunya menghalang kamu dari menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahilah kubur, kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat”.

Ziarah kubur tidak mempunyai waktu yang tertentu. Sebahagian ulama’ menyatakan bahawa pahalanya lebih besar pada hari-hari yang tertentu seperti hari Khamis dan Jumaat, kerana kuatnya hubungan di antara roh-roh dengan si mati. Pendapat ini tidak mempunyai dalil yang kuat.Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa menziarahi kubur selepas dari sembahyang hari raya, jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah mati yang dahulunya bersama-sama mereka berseronok di hari raya, serta memohon rahmat dari Allah S.W.T untuk mereka dengan berdoa, ini semua tidak mengapa dilakukan oleh orang lelaki.Adapun bagi perempuan, hukum mereka menziarahi kubur telah dibincangkan pada jilid pertama, ms:588 dari kita fatwa ini.

[Di dalam perbincangan tersebut, pendapat yang dipilih oleh sheikh ialah hukumnya makruh jika dibimbangi akan berlakunya perkara yang haram seperti meratap dan lain-lain, jika perkara haram tersebut tidak dapat dielakkan maka hukumnya adalah haram –ringkasan dari fatwa tersebut oleh penterjemah]Adapun jika menziarahi kubur selepas solat hari raya untuk memperbaharui kesedihan dan untuk menerima takziah di atas kubur, atau dengan mendirikan bangsal dan menyediakan tempat untuk menerima takziah, maka ia ditegah.

Ini kerana takziah selepas dari mayat dikebumikan lebih dari tiga hari adalah dilarang, samada larangan dalam bentuk haram atau makruh. Juga kerana hari tersebut adalah hari raya, hari bergembira dan berseronok yang sepatutnya tidah ditimbulkan perasaan sedih padanya.[Ahsanul Kalam Fil-Fatawa Wal-Ahkam, Sheikh ‘Athiyyah Saqr, Jilid: 6, MS: 646-647]

.:. Moga ianya memberi manfaat dan menjadikan kita hamba2Nya yang bertaqwa tatkala menyambut 1 Syawal yang mulia..InsyaAllah..Amin Ya Rabb.

Sunday, September 28, 2008

Curi masa..

Assalamualaikum..

Fuhh..minggu yg agak memenatkan tubuh bdanku..seluruh urat saraf terasa bisa..entah mengapa..
mungkin di minggu akhir ramadhan ni Allah mau menguji sejauh mana ketahanan diriku dlm mnghadapi onak duri kehidupan kelak..begitulah bisik hatiku..
Sabar ye syakir..
Dah nk habis dah musim panas ni...ni belum panas akhirat..kubiarkn hatiku bermonolog sendirian..
hampa terkadang menyinggah.asyik keluh kesah..sampai bila..bila nak habis..huu..
sememangnya aku jenis yg xtahan panas..putera lilin agaknya..=p

Aku hanya berharap diberi kekuatan utk terus mnghabiskan talaqqi Alquran dengan Syeikh Mohd Abd Nabi..setiap hari langkahku hnya menuju ke rumahnya..dgn bjalan kaki..terasa penatnya..namun semua itu bukan alasan dn juga pghalang.dlm masa yg sama aku gembira sebenarnya masaku terisi..disamping dpt berjalan..bermusafirlah..melihat kebesaran Tuhan yang diciptakn utk mereka yg berfikir dan bersyukur(sambil menyanyi sendiri)
haa..mula nk melalut la ni..huh..petikan lagu hikmah kembara dari mirwana..yg sememangnya penuh makna bg ku..

oklah..sampai disini dulu..nk g solat..n then nk g talaqqi..Ya Allah Kau berikanlah kekuatan pada hambaMu ini..agar bisa ku melangkah dgn sabar dan redha..amin..

Salam..

Friday, September 26, 2008

Cerita Kami..Upin&Ipin



Upin : Assalamualaikum kwn2?
Ipin : Waalaikumussalam..haii..pekaba semuanya?Kwn2 puasa x?
haa...sape xpose xleh raya tau..
Upin : Betol..betol..betol..=D
Ipin : Ipin puasa..Upin punn..Kami puasa penuh tahun ni..
Jadi boleh la dapat duit raya banyak2.
Upin : Betol..betol..betol..:D
Ipin : Eh upin..bape duit raya yg kak rosi kasi?
Upin : Erm..de la dlm RM3.50 jer..(sambil buat muka sedikit kecewa)
Ipin : Samala..RM3.50 jer.Tak patut langsung kak ros ni kan..kita puasa
30 hari..sikit je dapat..(ipin mencebik muka)
Ipin : Apa kata kita minta kat opah lak..mana tau opah bagi lagi banyak..
Bole la kita beli apa2 nanti..:D
Upin : Ermm...betol jg..tapiii...nak ke opah bagi banyak?
Kalau dapat duit raya banyak2 nanti,ipin nak buat pe?
Ipin : Lorr..dapat duit banyak2 kita enjoy!!(tiru aksi puteri)
Upin : Betol..betol..betol...:D
Ipin : Kawan2..kami nak g beraya ni..jumpa lagi yea..
Upin : Betol..betol..betol..:D
Ipin : Sampai di sini dulu..bye2..
Upin : Bye2..Selamat Hari Raya Aidilfitri..
Ipin : Maaf Zahir dan Batin
Upin&Ipin : Dari kami upin dan ipin..:D


"selamat hari raya..hari utk kita bersuka ria..
hai kak ros..nak kuih sepotong..kami mahu makan kerna perut kosong.."


Renungan : Hari raya adalah hari kemenangan bagi ummat Islam setelah selesai proses pentarbiyahan dalam madrasah Ramadhan selama sebulan.Kemenangan yg sepatutnya disambut dalam penuh rasa kesyukuran kepada Allah swt atas nikmat yg telah dikurniakan.
Moga natijah taqwa menjadi milik kita atas ketaatan juga amalan2 yg kita lakukan sepanjang
Ramadhan.Amin ya Rabb.

Minal A'idin Wal Faizin

Hormati Hari Raya


“Adalah menjadi tanggungjawab media kerajaan dan swasta yang dipegang oleh mereka yang muslim untuk menghormati hari raya dengan menyiarkan program-program yang bersesuaian dengan ajaran Islam. Amat malang jika tujuan Hari Raya untuk kita membesarkan Allah dan bergembira dengan disiplin dan peraturan yang ditentukan syarak, tiba-tiba siaran media kita menyiarkan apa yang bertentangan dengan itu.

Islam bukanlah jumud sehingga menghalang umatnya bergembira dan berseronok suka. Namun, bukanlah dengan cara yang jelas dilarang oleh Islam seperti gelagat-gelagat artis dalam media atau filem yang melampaui batasan yang wajar. Tidak wajar disiarkan lakonan atau tarian yang tidak dapat diterima oleh penilaian syarak.

Hari Raya adalah manifestasi daripada ibadah puasa di bulan Ramadan. Jangan media asyik mencemarinya saban tahun. Sepatutnya, jika kerajaan benar-benar ada kesungguhan, banyak yang dapat diselamatkan dalam kehidupan muda-mudi hari ini. Namun, apabila kita cakap lain sementara tindakan kita lain, maka rosaklah generasi kita”.


Sumber : Minda Mufti oleh Sohibus Samahah Dr. Asri Zainul Abidin
Mufti Negeri Perlis.

Tuesday, September 23, 2008

Fasa Terakhir..

Assalamualaikum..
bersua kembali..
Ramadhan semakin hampir ke penhujungnya..Kala semua menyibukkan diri dgn pelbagai persiapan(maklumla raya setahun sekali)..habis satu rumah mahu ditukar dgn yang baru..

"Abi rasa tahun ni kita guna langsir thn lepas sj lah..lagipn masih elok..cuma perlu basuh je",tegur abi tatkala umminya terbeliak biji mata melihat tanda SALE yg tertera kat pintu kedai."Ala abinye..rayakn setahun sekali sj..xpela kita beli langsir yg baru pn..boleh buat koleksi",balas ummi sambil tersenyum pada abi.."Bukannya apa abi..tahun ni umi nk rumah kita bertemakn color biru lak..baru meriah..hehe..",ummi cuba memancing."Em..nk meriah lg kita pggil pasukan kompang skali..lg meriah",balas abi sinis dgn harapan ummi xjadi mbeli.. Ummi mencubit manje lengan abi.

Haa..tu sekadar bayangan apa yg nk sy kongsi kt cni..yeala..dalam asyik sibuk buat ketupat,kuih,lemang,rendang dn pelbagai juadah raya ramai antara kita(tmasuk yg menulis ni la=>) secara sengaja@tidak melepaskn peluang keemasan yg hnya dtg setahun sekali di bulan yg penuh barakah ini.

Masakan tidak..sibuk dgn persiapan raya smpai tidak bpeluang nk mcari 'saham extra' utk dibawa pulang kesana.Bukannya salah utk melakukan persiapan raya..tetapi dlm ms yg sama kita harus memperingati diri kita..sudah cukupkah amalan kita di ramadhan kali ini..barangkali ia adalah yg terakhir kali..

Jesteru wahai diriku dan smua yg mbca..marilah kita sm2 mempertingkatkan amalan kita di malam2 yg terakhir di bulan ramadhan ini..kita mcari malam yg telah Allah janjikn di dlm KitabNya..yg bermaksud :


Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al Quran) ini pada malam Lailatul Qadar<1>
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul Qadar itu?<2>
Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan<3>

Surah Al-Qadr(Ayat 1-3)

Diterangkn lagi bahwa amal ibadat yg dikerjakan pada malam yg mulia itu,lebih besar pahalanya daripada amal ibadat yg dikerjakan pada seribu bulan yg lain.Ada disebutkan dalam hadith sahih,bahwa Rasulullah s.a.w biasanya mulai malam 21 Ramadhan baginda memperbanykkan ibadat sepanjang malam kerana mengharapkan amalannya bertepatan dgn malam Lailatul Qadr yg berkat itu,yg berlakunya pd salah satu malam dari sepuluh@sembilan malam yg terakhir dari bulan Ramadhan.

Moga ada manfaat utk kita semua..amin..

Friday, September 19, 2008

Jumaat Yang Barakah..

Salam..erm..indah pagi jumaat terusik seketika kala daku membelek-belek kalendar..19hb September..tarikh yang sentiasa aku ingt..alhamdulillah..hari lahir mak aku yg tiada galang ganti..sanah helwah utk ummi yg ke 47 tahun..muda setahun dari ayahku..=)
moga Allah senantiasa merahmati mak..diberi kekuatan dalam mengerjakan ibadah..murah rezeki yg halal..mudah segala urusan dunia akhirat..aminnn..B sayang mak!


Lagu Untuk Ibu

Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah

Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Kealam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini

Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa

Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya

Brothers





Thursday, September 18, 2008

Huhhh..?

Ho..ho..ho...ho....
Assalamualaikum...selamat berpuasa utk semua..=)
Nama sy sin chan..umo sy 4thn.Ermm..
Sy puasa tau,,tp bila tghari sy rasa lapa la..

nk tahu pe yg sy buat?heeee..
mama cakap puasa bukan saja menahan lapar dan dahaga,,tp lebih dari itu
puasa melatih diri kita mnjadi sabar..
sy rasa sy dah semakin sabar..;)
sabar dari nk makan time bpuasa..
nnti bila dah raya bole la dapat duit raya..bestttt..
bole simpan dlm tabung..pastu nk g haji..=) amcam ok x?
to be continued..


Renungan~ didiklah anak2 sedari kecil tentang ibadat2 utama..seperti solat dan berpuasa..supaya mereka tahu akan suruhan dalam agama.Kenalkan kepada mereka mengenai Islam supaya mereka tahu Islam is the way of life..:)

Wednesday, September 17, 2008

Fasa Kedua

Madrasah Ramadhan menyusuri hari dan tiba ke fasa kedua dari tiga fasa yang terkandung di dalamnya..selepas fasa pertama di mana rahmat kasih sayang Allah s.w.t kepada hambaNya yang bertaqwa kini pengampunan dari Allah menggamit sekelian manusia di seluruh dunia.
Tanpa mengira rupa,bangsa,warna kulit dan keturunan,bagi mereka yang didorong rasa penyesalan dari nurani yang suci,pengampunan dari Allah s.w.t pasti didamba.Jesteru marilah kita sama2 mengkoreksi diri bermuhasabah atas segala amal ibadat kita.Moga natijah taqwa seperti yang dijanjikan Allah s.w.t menjadi milik kita.FirmanNya yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu,supaya kamu bertaqwa.
(Al Baqarah : 183)

Tafsir Pimpinan Ar-Rahman


17 Ramadhan 1429

Bismillahirrahmanirrahim..
Ku mulakan dengan lafaz agung Khaliqku..Segala puji hanya layak untuk Dia..yang tidak putus mengirimkan makhluk2nya dengan pelbagai nikmat percuma..juga selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..penghulu para nabi.

Syukur Alhamdulillah..saat jari-jari ini menaip bait-bait kata bicara..bertemu juga daku pada satu hari ini..17 Ramadhan Al Mubarak..firman Allah s.w.t yang bermaksud :

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturnkan Al Quran,menjadi pertunjuk bagi sekelain manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah..(Al Baqarah:185)


Erm..rasanya masih belum terlewat untukku ucapkan Ramadhan Kareem..Kullu sanah wa antum bikhair kepada semua.

'Kewujudan' blog ini(17 Ramadhan 1429 bersamaan 17 September 2008)ermm..sebenarnya aku sendiri xtau nak tulis apa..huhu..tengokla awal2 mcm skema skit kan..hee..arghh..xnaklah skema2..tp nk buat cmne,,aku lebih suke stail cmni..;)
Sape2 yang dah lawat blog aku ni nanti boleh la bagi pe2 comments utk meningkatkan lagi gaya,mutu dan keunggulan(mcm penah dgr jer)..hee..blog aku ni..ok..
Sebenarnya(yang ke2)..aku ada bnyk sgt idea n cita nk kongsi kt cni..almaklumlah ni this is my first attempt...eceh..speaking le plak..hu..sobolom ni aku xnah minat pn nk jd bloggers ni..hee.
Tapi mgkn hr ni Dia nk aku buat sesuatu yang dpt isi masa aku..hee..hrp dgn ada blog ni bukan sj dpt bg manfaat utk aku malah sapa2 sj la..sbgmana pesan Rasulullah s.a.w bahawa sebaik baik manusia ialah mereka yang memberi manfaat kepada manusia yang lain..

Erm..rasanya sampai di sini dulu utk aku coretkan sbg bingkisan awal...hee..insyaAllah dilain masa bertemu kembali..Salam..=)