Wednesday, January 13, 2010

New Studio Album From Mirwana - Bumi Akhir Usia



Ni antara gambar dlm album pertama Mirwana.Antara hits songs Hikmah Kembara,Inni Akhafullah dan bnyk lg.







Dan pictures yang atas ni semuanya dari album terbaru "Bumi Akhir Usia"

Alhamdulillah sekian lama aku menunggu kelahiran album terbaru Mirwana,akhirnya sudah ada di pasaran(dengar cite la) time layari Mirwana space..n kelmarin aku cari kat Jusco Bdr Perda,tp frust xada pun..hari ini aku akan pergi cari lagi.huh..cmnilah gayanya mohd syakir,bila dah suka sesuatu akan buat berhabis-habisan utk memilikinya..ala..semua orang cmnila..he..

Sedikit info mengenai album Bumi Akhir Usia :


Tracklist :-

1. Muhammad S.A.W 'The Arrival'
2. Andaiku Pergi (Retro Version)
3. Bumi Akhir Usia
4. Jauh (Radio Edit)
5. Bukti Cinta
6. Kembali PadaMu
7. Fana Pesona
8. Andaiku Pergi (Original Version)
9. Tika Masanya Featuring HUJAN
10. Cahaya Kekasih
11. Anugerah Istimewa
12. Jauh (Original Version)
13. Andaiku Pergi (Instrumental)


Dengan menyenaraikan dua orang ahli baru iaitu Naim dan Ikram tanpa kehadiran Izzat,diharapkan Mirwana akan terus menyerikan hiburan alternatif untuk mereka yang menginginkan sesuatu kelainan dalam halwa telinga mereka dengan mesej2 dakwah dan mendidik jiwa..Barakallahufikum.

Nanti aku dah beli album tu aku akan update lagi mengenai album nie..insyaAllah..

Sunday, January 10, 2010

Sebelum 'terlupa'..

Tempat : Masjid Batu,Kg.Pertama.
Masa : Selepas Maghrib
Oleh : Al-Fadhil Ustaz Abd.Halim Nasir Al-Hafiz
Kuliyah : Tafsir Surah Hud Ayat 99&100

Alhamdulillah syukur dapat pergi kuliyah kali ini bersama kedua orang tua.
Usai solat maghrib,ustaz memulakan bicara kali ini mengenai perkara yang paling tidak ingin didengari oleh setiap manusia,iaitulah laknat.

Sesiapapun tidak mahu dirinya dilaknat namun hakikatnya Allah membiarkan kita pada hari ini mengimbau pada sejarah makhluk yang dari dunia sehingga akhirat yakni dalam neraka akan terus dilaknat iaitu firaun laknatullah.Itulah sebaik-baik habuan untuk manusia yang tidak sedar akan hakikat ketuhanan sebenar.

Berlainan pula kepada mereka yang Allah muliakan dari kalangan para sahabat ridhwanullah alaihim ajmaa'in seperti Abu Bakar,Umar,Uthman,Ali,Ibnu Mas'ud,Ibnu Abbas,Abd Rahman b Auf dan ramai lagi..yang hidup didunia kekal dalam redha Allah malah keredhaan Allah itu berkekalan mengiringi hingga ke syurga ilahi.
Begitu istimewa bagi mereka yang Allah muliakan dengan Iman dan Islam,belum sampai akhirat lagi sudah Allah tunjukkan sifat Maha Pengasih dan Maha PemurahNya kepada mereka yang menjunjung segala titah perintahNya.

Ustaz menambah,layarilah kehidupan kita hari ini dengan tujuan hanya untuk mendapat keredhaan Allah..betapa pentingnya redha Allah sehingga manusia tidak mampu untuk menidakkannya kerana tanpa redha dan kasih sayang Allah kita tidak akan berupaya untuk hidup atas muka bumi ini.Kita dapat hidup di atas muka bumi hari ini semuanya atas rahmat dan redha dari Allah.

Malang bagi orang-orang yang telah Allah laknat atas mereka kerana bagi orang-orang seperti ini Allah telah mengunci pintu hati mereka dari menerima kebenaran.Na'uzubillahi minzalik.Bermakna kita tidak akan dapat menerima hidayah petunjuk dari Allah setelah kita termasuk dikalangan mereka yang dilaknat oleh Allah.
Jesteru tidak hairan apa yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini,ada yang masih lagi jauh dari rumah Allah,solat,membayar zakat tetapi lebih dekat dengan maksiat,dosa dan perkara-perkara yang meruntuhkan aqidah.

Dari itu marilah sama2 kita muhasabah diri kembali sebelum kita dihisab didepan Allah kelak.Renung kembali segala amal dan ibadah kita moga kita termasuk dikalangan hamba-hamba yang dikasihi dan diredhai oleh Allah..amin.Waallahu'alam.

Lirik pilihan minggu ini







DIALAH SEGALANYA - INTEAM


Ramai Manusia Memuja Alam Semesta
Kerana Mudah Dinilai Oleh Dua Mata
Ramai Orang Yang Memuja Wang dan Harta
Di Sini Kemudahan Hidup Dapat Dirasa

Tidak Kurang Yang Memuja Wanita Cantik
Kerana Nafsu Mudah
Merangsang dan Menarik
Dikorban Kesenangan Hidup Untuk Memiliki
Hingga Terkorban Maruah Dan Nilai Agama

Ada Lagi Yang Dituju Dan Diburu
Oleh Manusia Memburu
Cinta Yang Sejati
Cintakan Bunga
Layu, Hancur Dan Musnah
Cintakan Tuhan
Kekal Buat Selama-Lamanya

Pujalah Tuhanmu
Ia Tak Mengecewakan
Cintailah Dia Kekal Tiada Sudahnya
Gunakanlah Segala-Galanya
Untuk Menyembah-Nya
Buat Apa Saja Selagi Benar Untuk Tuhan


~ Seringkali manusia lupa,leka dan alpa dengan dunia.Dek kerana rayuannya yang bisa mencairkan hati.Namun ingatlah kita tiap hirup udara yang memasuki rongga hidung kita semuanya dengan kuasa Allah.Lantas patutkah kita berpaling setelah nikmat udara tidak pernah 'dicatu'bahkan diberikan percuma?Kita fikirkan bersama..

Saturday, January 9, 2010

Kuliyyah

Tempat : Madrasah An-Nahdhoh,Kubang Semang,BM.
Masa : 8.30 pagi
Disampaikan oleh : Al-Fadhil Ustaz Abd.Mutalib bin Ma'arof.


Alhamdulillah hari ini berpeluang untuk menyambung pengajian kuliyah tafsir,menggunakan kitab Tafsir Nurul Ehsan karangan Al-Fadhil Al-Ustaz Mohd Saaid bin Umar Khatib Jitra Al-Qodhahi.

Sekadar memuatkan antara perbincangan yang diulas oleh ustaz hari ini melalui surah Al-Baqarah,bermula ayat 158.Menceritakan tentang perihal sofa dan marwah melalui ibadat saie yang merupakan antara tanda-tanda agama Allah iaitu Islam.

Menurut Imam AsSyafie saie merupakan rukun dalam ibadat haji dan umrah.Adapun begitu ada juga ulama' yang menghukumkan saie sebagai wajib.Perlu difahami jika kita tertinggal satu rukun dalam ibadat haji mahupun umrah maka dikira tidak sah,dan jika tertinggal satu ibadat yang wajib haji dan umrah masih dikira sah tetapi perlu membayar dam (denda).

Selepas dihuraikan dengan panjang lebar mengenai saie,ustaz menyambung perihal ayat 159 yang amat menarik perhatian telinga ini untuk mendengar dengan lebih khusyuk.
Antara makna ayat ini ialah Sesungguhnya orang-orang Yang menyembunyikan apa Yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di Dalam Kitab suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Sedarlah kita bahawa sesiapa yang mempunyai pengetahuan tentang ayat-ayat Allah tetapi dalam masa yang sama menyembunyikan kebenaran ayat-ayat Allah semata-mata untuk kepentingan dunia yang sementara,untuk pangkat dan harta yang pasti musnah,maka tunggulah kemurkaan Allah juga laknat dariNYA..yang sentiasa diminta jauh dari orang-orang yang beriman.

Sesudah menghurai ayat tersebut ustaz mengambil sejenak kesempatan memberi respon mengenai isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam yang amat melegakan hati hadirin yang hadirdalam mencari sedikit kefahaman berkenaan isu yang amat sensitif ini.

Dalam penegasan beliau,kita sebagai umat Islam yang senantiasa menyebut nama Allah dalam kehidupan seharian kita tidak mungkin tegar mendengar kalimah Allah disebut oleh mereka yang mendustakan Allah.Kita umat Islam menyebut nama Allah sebagai memuji kebesaran Allah,mengagungkan sifat Allah,menjunjung ke'izzahan dan keesaan Allah namun tidak pada mereka yang terang-terang menggunakan nama Allah dengan mengaitkan dengan perkara-perkara yang sama sekali menyalahi dalil Al-Quran dan sifat Allah.

Jesteru penggunaan kalimah Allah untuk agama lain adalah TIDAK BOLEH dan TIDAK DIBENARKAN dalam apa jua medium dan keadaan.Selain ia dapat menimbulkan kontroversi dikalangan masyarakat perkara sebegini sepatutnya tidak patut diperkotakkatikkan sesuka hati oleh musuh-musuh agama Islam.

Ayuh,kita sebagai orang yang mengaku beragama Islam,yang mengucapkan kalimah syahadah
bersamalah kita dengan apa cara sekalipun menegakkan ketuanan Islam tercinta agar tidak sewenang-wenangnya menjadi bahan senda gurau mereka yang tidak bertanggungjawab.Moga Allah sentiasa mempermudahkan jalan untuk kita di dunia dan akhirat,amin ya Robbal 'Alamin..

Friday, January 8, 2010

Mimbar Jumaat


Salam..

Sedikit mengenai khutbah hari ini di Masjid Permatang Janggus.
Khatib memulakan khutbah dengan mengulangi pesanan yang telah didengari sejak sekian lamanya..Ittaqullah..pesanan taqwa."Bertaqwalah kamu kepada Allah yakni dengan mengerjakan setiap suruhannya dan meninggalkan segala larangannya,dan janganlah kamu mati melainkan mati dalam Islam.

Khatib meneruskan khutbah di tengahari yang panas terik dengan menerangkan antara sifat-sifat orang yang bertaqwa..:

~ada sifat alkhauf yang bermaksud takut iaitu takut kepada Allah,takut akan kemurkaan Allah,takut akan siksaan Allah..

~mempunyai sifat ridha bil qolil yang bererti redha dan berlapang dada pada setiap yang ditakdirkan walaupun tidak memenuhi kehendak dan kemahuan hati..

~al isti'dadu bil maut iaitulah orang yang bertaqwa sentiasa membuat persediaan dalam menghadapi mati..

Moga dengan sedikit ilmu ini dapat memberi manfaat kepada kita insyaAllah..
Semua yang baik datang dari Allah dan yang buruk dan lemah dari kelemahan diri sendiri..

Waallahua'lam.

~

Tazkirah Fi Sayyidul Ayyam



Bagaimana Roh Anda Dicabut????

Kalau kita lihat dalam Al-quran banyak sekali ayat yang berkaitan dengan maut.Ada yang menceritakan Allah yang mencabut roh setiap yang bernyawa,ada yang mengatakan malaikat dan juga utusan Allah.Dari ayat yang berbeza-beza ini mungkin timbul persoalan,"bagaimana mungkin menyatukan ayat-ayat ini?

Jawapannya,yang memperbuat segala sesuatu itu pada hakikatnya ialah Allah swt.Dialah Pencipta,yang Menghidupkan dan Mematikan bahkan Dialah yang menciptakan si pembuat dan yang dibuatnya.

Allah lah yang menyuruh malaikat maut dan pembantunya untuk mencabut roh seseorang,yakni berdasarkan perintah dan kudrat Allah.Riwayat daripada Jaafar bin Muhammad,yang didengarnya daripada ayahnya mengatakan :
Pada suatu waktu Rasulullah saw melihat Malaikatmaut mahu mencabut roh seorang lelaki Ansar.Kerana merasa kasihan Rasulullah berpesan :"Wahai Malaikatmaut,kasihanilah kepada sahabatku ini kerana dia adalah orang yang beriman".

Malaikatmaut menjawab:"Wahai Muhammad,tenanglah!Aku ini sungguh kasihan terhadap orang Mukmin".

Jelas kepada kita hanya orang yang benar2 beriman akan dikasihi oleh Malaikatmaut yang datang untuk mencabut nyawa.Benar,peri sakitnya ketika sakit menghadapi sakaratulmaut tidak dapat digambarkan,lebih dahsyat bagi mereka yang hidupnya penuh bergelumang noda dan dosa dan tidak mampu bertaubat sebelum habis hayat.Nauzubillahiminzalik..Jauhkanlah kami Ya Allah,peliharakanlah kami Ya Allah..Amin.


~Sedikit penambahan,semasa di Masjid Batu Kg.Pertama,dalam kuliah maghrib oleh Al-Fadhil Ustaz Abd.Halim b.Nasir Al-hafiz,dengan takdir Allah pada azan maghrib berkumandang,sedang dikebumikan satu jenazah wanita tua.Ustaz menyatakan bahawa,itulah satu nikmat dari Allah bagi seorang anak adam yang mana lahirnya ke dunia disambut dengan laungan azan dan kembalinya kepada Allah juga diiringi seruan azan.Aku terfikir,bagaimanalah keadaanku nanti?Sama-sama kita menghitung diri,insyaAllah.

Thursday, January 7, 2010

Coretan..

Lupa plak nk kongsi..tahun 2010 ni tahun yang agak mendebarkan+menakutkan+menggembirakan+mengharukan+(dan yang sewaktu dengannya lah) hati aku..huu..nak tahu napa..tungguuuuu...hee..

insyaAllah moga Allah permudahkan segalanya..sebenarnya tahun 2010 ni juga tahun yang amat sibuk..banyak benda yang aku nak buat..pepn semua perancangan kenalah diatur elok2..erm..moga diberi kekuatan..aminn..

Mirwana




nak promote skit album terbaru mirwana..tapi aku sendiri xpasti samada album ni dah kuar @ belum lagi..tajuk album Bumi Akhir Usia..walaupun tanpa akhi izzat,perjuangan mirwana tetap diteruskan dengan dua orang anggota baru iaitu Naim(ex FarEast)n Ikram(adik akhi izzat)..all da best for mirwana..moga usaha kalian mendapat pertolonganNya dalam menyampaikan dakwah..insyaAllah.

Ha..kalau nak tau aku memang pure nasyid nyer..hee..minat dari dalam perut mak...he..xda lah..dari kecik lagi suka nasyid,join nasyid..mcm2 lagi lah yang berkaitan nasyid..Alhamdulillah..nasyid satu dari medan untuk berdakwah..apa saja yang mampu kita sumbangkan untuk Islam buatlah..jalannya ada di depan mata.redah lah..insyaAllah Allah sebaik-baik penolong manusia..jalannya juga mungkin penuh berduri tapi percayalah akhirnya kemanisan iman akan dirasa..dan setiap yang susah pasti ada mudahnya..
sebagaimana firman Allah swt dlm surah As-Syarh ayat 5&6

yang bermaksud :

maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan(5) sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan(6)

tiada janji yang lebih benar melainkan janji Allah swt..
moga ianya memberi manfaat kepada kita di hari akhirat kelak,hari dimana tiada naungan yang lebih baik untuk manusia melainkan naungan Khaliqnya..Robbul 'Izzati..amin.

Alhamdulillah..

Ermm..its been a long time..huu..syukur akhirnya dpt jg figure out nk masuk dlm blog sendiri selepas sekian lama x log in atas sebab 'lupa' password..huh..dah tua ni..sedar pun..he..

fitrah manusia sendiri..banyak sangat kelemahan diri..boleh dikategorikan sebagai 'penyakit' yang tidak ada ubat khusus..adakalanya sikap diri sendiri yang membantu perkembangan penyakit ini..ya..pendek saja 'lu+pa'..tetapi boleh mengakibatkan banyak kesan yang x diduga..

oleh itu..(wah habis skema ayat aku kali ni,maklumla dah lama xpost)sama2 lah kita mengingatkan diri sendiri,antaranya..kita datang dari Allah dan kepadaNya lah kita akan kembali..

pepun syukur sangat2 sebab dah dapat post balik kat sini sebab banyak sangat yang nak aku kongsi kat sini..insyaAllah biiznillah.

ok..selamat bertemu kembali..;)