Sunday, January 10, 2010

Sebelum 'terlupa'..

Tempat : Masjid Batu,Kg.Pertama.
Masa : Selepas Maghrib
Oleh : Al-Fadhil Ustaz Abd.Halim Nasir Al-Hafiz
Kuliyah : Tafsir Surah Hud Ayat 99&100

Alhamdulillah syukur dapat pergi kuliyah kali ini bersama kedua orang tua.
Usai solat maghrib,ustaz memulakan bicara kali ini mengenai perkara yang paling tidak ingin didengari oleh setiap manusia,iaitulah laknat.

Sesiapapun tidak mahu dirinya dilaknat namun hakikatnya Allah membiarkan kita pada hari ini mengimbau pada sejarah makhluk yang dari dunia sehingga akhirat yakni dalam neraka akan terus dilaknat iaitu firaun laknatullah.Itulah sebaik-baik habuan untuk manusia yang tidak sedar akan hakikat ketuhanan sebenar.

Berlainan pula kepada mereka yang Allah muliakan dari kalangan para sahabat ridhwanullah alaihim ajmaa'in seperti Abu Bakar,Umar,Uthman,Ali,Ibnu Mas'ud,Ibnu Abbas,Abd Rahman b Auf dan ramai lagi..yang hidup didunia kekal dalam redha Allah malah keredhaan Allah itu berkekalan mengiringi hingga ke syurga ilahi.
Begitu istimewa bagi mereka yang Allah muliakan dengan Iman dan Islam,belum sampai akhirat lagi sudah Allah tunjukkan sifat Maha Pengasih dan Maha PemurahNya kepada mereka yang menjunjung segala titah perintahNya.

Ustaz menambah,layarilah kehidupan kita hari ini dengan tujuan hanya untuk mendapat keredhaan Allah..betapa pentingnya redha Allah sehingga manusia tidak mampu untuk menidakkannya kerana tanpa redha dan kasih sayang Allah kita tidak akan berupaya untuk hidup atas muka bumi ini.Kita dapat hidup di atas muka bumi hari ini semuanya atas rahmat dan redha dari Allah.

Malang bagi orang-orang yang telah Allah laknat atas mereka kerana bagi orang-orang seperti ini Allah telah mengunci pintu hati mereka dari menerima kebenaran.Na'uzubillahi minzalik.Bermakna kita tidak akan dapat menerima hidayah petunjuk dari Allah setelah kita termasuk dikalangan mereka yang dilaknat oleh Allah.
Jesteru tidak hairan apa yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini,ada yang masih lagi jauh dari rumah Allah,solat,membayar zakat tetapi lebih dekat dengan maksiat,dosa dan perkara-perkara yang meruntuhkan aqidah.

Dari itu marilah sama2 kita muhasabah diri kembali sebelum kita dihisab didepan Allah kelak.Renung kembali segala amal dan ibadah kita moga kita termasuk dikalangan hamba-hamba yang dikasihi dan diredhai oleh Allah..amin.Waallahu'alam.

5 comments:

Tafseeradiome said...

permata ayahbonda..lirik lagu kumpulan firdaus kan?one of my favourites.

boleh translate apa itu "ridhwanullah alaihim ajmaa'in " ke bahasa melayu?

Malang bagi orang-orang yang telah Allah laknat atas mereka kerana bagi orang-orang seperti ini Allah telah mengunci pintu hati mereka dari menerima kebenaran.(harap saya tak termasuk dalam golongan ni.phew..)

sY@Kir said...

maaf ili sy tak sertakan maksud kata2 dalam bahasa arab tu.maksudnya redha Allah yang dilimpahkan atas mereka semua yakni merujuk kepada para sahabat Rasulullah saw.

selalunya kita dengar Abu Bakr As-Siddiq Radiyallahuanhu.'Hu' kembali kepada dhomir(kata ganti nama(hua) kepada Abu Bakar yang bermaksud dia seorang lelaki)

sY@Kir said...

ye,permata ayahbonda lagu dari kump firdaus..sy pun suke lagu tu..lirik dia amat bermakna..

Tafseeradiome said...

terima kasih.;)

sY@Kir said...

sama-sama;)